Rabu, 1 Disember 2021

SIRI KELAS MEMANAH

 🏹 TUAH ARCHERY CLUB 🏹*

Assalamu'alaikum & Salam Ceria kepada Semua 📢📢📢

Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda".

Maksudnya : “Ajarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan juga berenang”.

Kelebihan Memanah

1. Menghidupkan Sunnah👍🏻

2. Aktifkan Otak Kanan/Kiri & Tengah👍🏻

3. Fokus & Sabar👍🏻

4. Berdisiplin & Berkayakinan diri


*Aktiviti ini akan di adakan pada setiap hari ahad:

⏰ Masa : 9.30 – 11.00 pagi

🕌Tempat : Lapang Sasar Masjid Kampung Pasir Semenyih

*📌Peralatan memanah akan disediakan kepada ahli yang berdaftar dengan kelab.

Bayaran akan dikenakan kepada yang bukan ahli kelab📌*    

🎯Sewa Busur & Arrow

1. Seorang RM 10.00/ Sesi

2. Keluarga RM 25.00/Sesi

3. Seorang RM 30.00/Bulan

4. Keluarga RM 50.00/Bulan


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi


Pemanah Shahidi 017-660 2982

Pemanah Arin 019-350 3146

Pemanah Dino 017-627 3256

Pemanah Mohd Razif 012-476 5460


Lokasi  https://maps.google.com/maps?q=3.003908%2C101.8716592&z=17&hl=en

# Sebarkan Kebaikan

Isnin, 11 Mac 2019

Hadis Berkaitan Memanah

HADIS BERKAITAN DENGAN SUKAN MEMANAH
Bersabda Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "
Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah." Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."
Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "Dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W. :
"Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini (beribadat) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu (memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah".
Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".
Dari sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .
Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:
"Busur panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang".
Telah bersabda Nabi S.A.W. :
"Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah".
Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud :
"Panahlah olehmu wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu".
Dari Salamah bin Al-Akwa’ radhiallahu anhu dia berkata:
مَرَّ النبيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُوْنَ فَقالَ: اِرْمُوا بَنِي إِسْماعِيْلَ فَإنَّ أَباكُمْ كَانَ رَامِياً
“Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah melewati sekelompok Bani Aslam yang berlomba memanah. Lalu beliau bersabda, “Memanahlah kalian wahai anak keturunan Ismail, karena sungguh ayah kalian adalah seorang pemanah.”
(HR. Al-Bukhari no. 2899)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda di atas mimbar:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
(HR. Muslim no. 1917)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ عَلِمَ الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا أَوْ فَقَدْ عَصَى
“Barangsiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat.”
(HR. Muslim no. 1919)
Penjelasan ringkas:
Agama Islam adalah agama yang kuat dan agama yang memerintahkan untuk senantiasa mempersiapkan kekuatan dan menempuh semua wasilah dalam mengumpulkan kekuatan. Dan di antara bentuk persiapan kekuatan yang diperintahkan dalam Islam adalah memanah dan menembak. Nabi shallallahu alaihi wasallam mendorong para sahabat dan umatnya agar bersemangat dan berlumba dalam mempelajarinya karena kemampuan memanah dan menembak ini sangat diperlukan dalam jihad di jalan Allah dan dalam membela kaum muslimin. Dan dari sisi yang lain, Nabi shallallahu alaihi wasallam juga mencela dengan sangat orang yang mengetahui cara memanah yang baik lalu dia meninggalkannya tanpa uzur yang dibenarkan oleh syariat.

Khamis, 14 Februari 2019

ANAK PANAH YANG PATUT ADA DALAM SIMPANAN PEMANAH

ANAK PANAH YANG PATUT ADA DALAM SIMPANAN PEMANAH
Berdasarkan rumusan yang boleh diambil dari bacaan mengenai perihal memanah zaman dahulu, ada 3 jenis anak panah dimiliki oleh seseorang pemanah iaitu
1) anak panah untuk latihan
2) anak panah untuk berburu
3) anak panah untuk berperang.
Namun penggunaanya adalah tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana kekangan undang-undang.
Sungguhpun begitu, pemanah tradisi zaman moden ini boleh menggantikan jenis anak panah (2) dan (3) kepada yang lebih sesuai seperti mana cadangan kami di bawah.
1) anak panah untuk latihan
Jenis anak panah yg disyorkan adalah jenis karbon. Jika anda adalah pemanah tradisi "hardcore" seperti kami, kami menggunakan anak panah kayu sebagai anak panah latihan. Saiz yang dicadangkan adalah 11/32 inci. Pemilihan spine dan berat hendaklah harmoni dengan busur.
2) anak panah untuk pertandingan
Anak panah dicadangkan adalah bersaiz 5/16inci. Spine dan berat hendaklah harmoni dengan busur. Anak panah untuk kegunaan ini juga mestilah konsisten bukan saja pada spine dan berat, malah konsisten pada center point, panjang arrow, berat mata, panjang dan tinggi fletcher. Spine anak panah ini mestilah berbeza hanya 5lbs dan berbeza berat sekitar 10grain setiap satunya.
3) Anak panah untuk flight shooting
Panahan jarak jauh atau menzil memerlukan anak panah dengan spesifikasi khusus bagi membolehkan ia terbang lebih jauh. Dengan mata daripada tulang atau tanduk, center point melebihi 58%,sayap lebih pendek dan rendah dan berat sekitar 190-220 grain, dan ditambah dengan bantuan daripada siper, yang merupakan overdrawn device, anak panah mampu pergi jauh hingga 400 - 500m. Jenis grip yang diguna pakai adalah falcon talon dan dibantu oleh mushamma. Spine anak panah yang dicadangkan pula lebih tinggi dari busur sekurang-kurangnya ditambah 40 lbs dri poundage asal bow.
Sekian terima kasih.

BERAT ARROW vs SPINE

BERAT ARROW vs SPINE
1. INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA SENDIRI.
2. Apabila membuat pemilihan arrow yang sesuai dengan busur kita, sy lebih mengutamakan pemilihan berat arrow berbanding spine.
3. JANGAN SALAH FAHAM. Saya tak kata spine tak penting, saya hanya kata MENDAHULUI pemilihan berat arrow berbanding spine dan ini terhad kepada memanah tradisional sahaja.
4. Saya pernah bermuzakarah dengan guru saya berkaitan hal ini. Beliau juga meminta saya merujuk jadual "berat arrow-poundage bow-effective range" di dalam Saracen Archery.
5. Tiada spine pada zaman Saracen Archery. Hanya ada timbangan berat arrow dn kepala mata. Dua tiga kali juga menyemak saracen.
6. Jadi berapa berat arrow terbaik untuk busur masing²?
7. Pertama kena pastikan minimum GPP yang disyaratkan oleh bowyer. Kalau bow vegh saya difahamkan 9 GPP.
8. GPP adalah grain per poundage. Formula ini boleh digunakan untuk mengira berat arrow yg diperlukan atau mencari nilai GPP sesuatu arrow yg diketahui beratnya. Hanya menggunakan simple algebra. 😋
9. Kemudian, kedua, dapatkan poundage sebenar tarikan individu.
10. Ketiga, darab poundage sebenar individu dengan nilai GPP yg diberikan bowyer.
11. Sebagai contoh, Vegh saya 45lbs@30inci. Jadi 45 x 9 = 405 grain berat arrow siap. Jadi berat MINIMUM arrow yang saya perlukan adalah 405 grain. Pastikan jangan kurang daripada ini. Lebih takpa.
12. Bagi jalan selamat, darab sahaja dgn 10gpp malahan lebih pantas mengira berbanding darab 9gpp. Tidak perlu kalkulator. 😂
13. Adakah ada arrow carbon yang berat supaya mendapat nilai melebihi 9-10gpp?
14. Ya ada, saya menggunakan Gold Tip Traditional Classic XT. Dengan spine 500, shaftnya adalah 10.2gpi. jadi shaft saya berat 300grain+berat mata 125grain+nock+insert+gam+feather+dll, menjadi berat keseluruhan 560 grain, berat bukan?
15. Saya kini selesa menggunakan GT Trad Classic XT untuk panahan dekat dan game dinamik. berminat boleh hubungi Mohd Zamer Razi, taukey arrow pilihan saya sejak 2013. Terbaik servis beliau.
Sekian, terima kasih.

Isnin, 11 Februari 2019

Sekapur Sirih


Semenyih Archery  baru digiatkan sekitar tahun 2018 oleh Saudara Mohd Razif selaku pengasas sukan ini di bumi semenyih. Pada awal penubuhan, aktiviti sukan ini dilakukan secara kerjasama dari pihak Surau Al Ehsan Taman Sri Haneco dan KRT Taman Sri Haneco.

Aktiviti ini dijalankan setiap dua minggu sekali pada pukul 5.30 petang sehinggalah 6.30 petang di padang permainan dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk taman. Sejak dari itu, maka lahirlah pemanah pemanah secara tidak langsung sehinggalah sekarang.

Pada penghujung tahun 2018, maka aktiviti ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan permulaan dan kumpulan profisional. Bagi kumpulan permulaan akan berlatih di padang permainan dan kumpulan profisional akan berlatih di Desa Haneco. Hal ini disebabkan perbezaan peralatan dan kemahiran.




Aktiviti di padang permainan


Aktiviti di Desa Haneco


SIRI KELAS MEMANAH

 🏹 TUAH ARCHERY CLUB 🏹* Assalamu'alaikum & Salam Ceria kepada Semua 📢📢📢 Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda". Ma...