Isnin, 11 Februari 2019

Banyak Latihan

Memanah, perlu banyak latihan... Kalau prestasi menurun, jangan salahkan diri sebab kurangnya latihan memanah... Semakin kerap latihan, semakin kenal kita dengan busur dan anak panah kita... Kalau kurang latihan, jangan mengeluh mengapa dah menahun memanah x jugak tepat2... Sebab didalam memanah ada kekuatan, Apa kekuatannya? Bukan kuat seperti Badang tetapi Kekuatan dari segi kesabaran, Tawakal...
   Ada yang mengatakan Memanah ini buang masa dan sia2, tak mendapat hasil (uang dan harta ) , Benar! Tetapi Perkara sia2 yang diredhai ALLAH SWT adalah Memanah... Setiap jarak antara tempat kita memanah dan sasarannya adalah Taman2 Syurga, setiap kerugian yang kita dapat dalam memanah adalah dikira belanja di jalan ALLAH SWT...
  Masa kita sudah tiada, Sang Raja Fitnah sudah hampir masanya untuk dibebaskan... Salahkah kita bersedia untuk membuat persiapan walaupun kita kelak bukan salah seorang yang terpilih menjadi tentera Imam Mahdi yang menentang Si Raja Fitnah (Dajjal)...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIRI KELAS MEMANAH

 🏹 TUAH ARCHERY CLUB 🏹* Assalamu'alaikum & Salam Ceria kepada Semua 📢📢📢 Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda". Ma...